Friday 12 February 2016

Hati ini milik Allah

Assalamualaikum..

Cepatnya masa berlalu..xsangka hampir tiga tahun xupdate blog. Ya lar kite ni kan bukannya blogger tegar. saja suka2. Ntah tiba-tiba malam ni rasa macam mo update something. Kalau nak cerita pasal hati ini sampai bila pun xhabis kan. Tapi biarlah luah je la apa yang mampu kan. hahaha.

Orang selalu cakap "Tanya hati kau suri, tanya hati kau". Macam mana la aku nak tanya hati aku ni. sbb aku pun xfaham apa sebenarnya perasaan aku sudah tentu hati aku pun xtahu nak jawab apa. Ya aku akui kita kena hargai orang yang sayang dengan kita, orang yang ikhlas sayang kita.Tapi wajarkah aku terima seseorang tanpa cinta? X adil la kan bila aku xmampu sayang dia macam mana dia sayang aku. Dia terlalu baik. Memanglah semua nak yang terbaik tapi hati ini masih tak mampu untuk terima dia ataupun siapa2. Hal tu aku tak tahu nak jawab. Hanya Allah yang tahu.

Kadang-kadang terfikir juga sampai bila aku nak macam ni. umur pun dah makin meningkat tapi satu jak la kekuatan aku sekarang iaitu perancagan Allah. Aku yakin perancangan Allah dah ada untuk aku dan itulah yang terbaik. Apa yang penting sekarang, aku berusaha jaga hati aku untuk bakal zaujku, Insyaallah. 

with my sis #pendengarsetia


Epilog hari ini:
Bukan mudah untuk sayang dengan seseorang walaupun dia sangat sayang dan hargai kita. kerana hati manusia dipegang oleh Allah dan perasaan sayang itu hanya lahir apabila Allah campakkan perasaan itu dalam hati seseorang. Allah tahu yang terbaik buat semua hambanya walaupun kadang-kadang benda itu sangat menyakitkan tetapi yakinlah akan ada sirna dikemudiannya,

Tuesday 26 March 2013

Kisah benar. :D



Assalamualaikum rkn2 yg comel mcm Hello Kitty...:D

Ehmmm.... ntah lar mlm nie rasa mcm geram plus sedih plus bengang! huhuhu (emosi plak tiba2). sebenarnya, sy nak share cerita mengenai salah satu cousin sy yg sngat rapat ngan sy. sy mengelarkannya sebagai kak amma @ kak comel..hahaha (comel lar sangat, tp mmng comel pun). Tadi kak amma tunjukkan sy gambar org kawin. pas2 saya blur lar, knp plak kak amma tiba2 tunjukkan sy gmbar org khawin nie. (ingatkan dia nak suru sy kawin) hahaha.. pas2 kak amma suru sy tengok gambar pengantin lelaki tu...serius!!! sy sngat2 terkejut? ( teka apa yg terjadi?) xpyh lar teka mesti smua xtaw jg kan....

sebenarnya kan...pengantin lelaki tu merupakan bekas teman lelaki kak amma! rasa mcm maw tumbuk ja gmbar lelaki tu tp bila fkir balik, nanti sy tmbuk, xpasal2 plak hp dia rosak kan. hihihi. 
Apapun, sy tabik spring ngan cousin sy tu sbb dia langsung xrasa apa2, mksd sy dia ttp senyum tunjukkan gmbar tu.. siap dia ckap "kak pun maw kawin jg tp bkan dgn lelaki mcm dia lar"...aish, geramnya dgn lelaki tu. sy taw disebalik senyuman kak amma 2, ada tersimpan sedikit kekesalan sbb pernah kenal dgn lelaki  2 kan! (aik, mcm sy plak yg emo btul kan) heeeeeee....

Kak amma memang seorang wanita yg sangat3x kuat. sebenarnya hubungan kak amma dgn lelaki 2 dah hampir tujuh tahun! sampaikan semua family lelaki tu dah kenal ngan kak amma. siap ibu bapa lelaki tu setuju ngan hubungan dorang...2 lar org ckap kan "Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari"...tengok2 hbungan dorang 2 putus. u know why?! sbb lelaki tu ada PEREMPUAN lain! huh. Dah lar time 2 kak amma tengan buat thesis utk sem akhir dia, tub2 lelaki tu plak buat hal. (serius! time kak amma cerita kisah dia nie, dia xnangis pun, sy plak yg rasa nak nangis. ) tp, sy taw dia mmng sedih...:( sedih tengok dia...

Apapun, alhamdulillah sekarang kak amma gembira. walaupun kisah silamnya sangat pahit, tp saya yakin kak amma seorang yg sangat tabah dan sentiasa berfikiran positif utk lebih memajukan dirinya. :) sy doakan, semoga dia dapat jodoh yg lebih baik. In Sya Allah. :D



Haaaa... ni lar kak amma yg comel 2. Budak kiut yg ada lesung pipit 2, adik sy (Amil)! Kak suri rindu amil sangat10X. Tunggu kak balik bulan 5 arrr !

Episod hari ini:
Jgn disebabkan kisah pahit yg pernah terjadi menjejaskan perjalanan hidup kita. Bangkit! jgn mengalah dengan ujian yg Allah berikan. Yakinlah! ujian yg Allah turunkn menujukkan Allah syg akan kita sbgai hambanya. :)

Friday 22 March 2013

Selesai sudah...

Assalamualaikum org2 comel...:D

Alhamdulillah, tamat sdh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi fasa yg ke 3. Banyak pengalaman yg saya dan lyeen dpt sms mnjalankan PBS tu..serius, SK Karak memang best...! Insyaallah, panjang umur, mrah rezeki bleh lar jmpa lagi dgn murid-murid yg sangat2 happening!



Hari-hari terakhir di SK Karak...:')

Episod hari ini:
Pengalaman akan mengajar kita untuk menjadi yg lebih baik dan membetulkan segala kesilapan yg pernah kita lakukan...:)

Wednesday 20 March 2013

Jiwa sastera

Assalamualaikum semua...:D
Mulakan pagi dengan senyuman yg sangat sweet walaupun mata nie mcm nak tertutup je. Ok abaikan! hari ini hari keempat saya dan lyeen pg sekolah S.K karak. Seperti biasa, sesampainya kami di bilik akses, masing-masing sibuk dengan assigment. (yakin ja buat asgment kan)..hehehe.

Alkisahnya bermula apabila...(chewah). ayat sastera tu.. hahaha. Sebenarnya, sampai ja kat bilik akses nie, buka laptop, buka asigment dan cuba lar cari maklumat2 yang berkaitan. Tp tak sampai beberapa minit, lain plak dibuatnya iaitu "UPDATE BLOG" hahaha. semangat kan.Tak pa lar, semangat tu penting!

Sebenarnya hari nie tiba-tiba pula nak share sajak yang telah saya hasilkan pada hari isnin (ada plak masa buat2 sajak nie kan). Apa tidaknya, masa tu serius saya ngan lyeen bosan sangat-sangat, tak taw nak buat apa sebab murid-murid hari tu ada exam dan Guru Besar pula tak bagi kami jaga murid exam. So, nak buat mcm mana, dah nama Guru Besar bagi arahan mcm tu, akur je lar kan. sajak yg saya hasilkan tu xlar sehebat Usman Awang, tapi sebagai bakal guru Bahasa, saya nak juga mahir dalam penghasilan sajak nie. Tu yg cuba buat walaupun hakikatnya xpasti sajak tu memberikan makna ke tak..hehehe. (mungkin jiwa sastera dah ada dalam diri saya semenjak belajar kritikan sastera sem nie...hehehe)
Yg pasti sajak nie xkaitan dengan yg hidup dan masih mati. (ayat Pn. Che, Pensyarah kritikan sastera yg sngat comel) :D



Taraaaaaa.....
nie lar sajak yg telah saya hasilkan...
Comelkan doodle tu, tp sajak tu xpasti comel ke tak

Episid hari ini :
Manusia kadang kala tidak suka untuk mencuba perkara yang baharu dalam hidup mereka. Tetapi, mencuba adalah perkara yang sangat positif dan memberi kebaikan kepada diri kita. Hal ini kerana, tanpa mencuba kita xkan tahu kesalahan dan sejauh mana kebolehan kita untuk melakukan sesutu lebih-lebih lagi perkara baharu. Oleh itu, kita HARUS mencuba!

Nervousnya!


Hari ini iaitu hari ketiga saya dan  lyeen menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami di SK Karak. Perasaan saya hari ini bercampur baur tapi yang pasti saya sangat3x nervous... u know why? (b’coz i love u) hahahah...salah2. Tu ayat dalam cerita Ombak Rindu. Hahaha.Ok baiklah, kita teruskan... sebenarnya hari ini abg adi (abg lyeen) suruh saya bawa kereta pergi sekolah. Hal ini kerana, dia tak dapat ambil kami disebabkan urusan kerja yang tidak dapat dielakkan (skemanya ayat) hahaha.

Sebenarnya saya ok ja bawa kereta ni (ayat berlagak tu) padahal hakikatnya Allah ja lar yang tahu betapa perasaan nervous plus happy merajai hati ini. Happy? Ya lar happy  juga sebab abang adi bagi saya peluang untuk bawa kereta tu walaupun saya dah kata saya tak berani sangat. Takut nanti tak pasal2 kereta tu masuk hospital pulak kan. (jauhkanlah benda buruk tu). Lyeen pula yang paling semangat bila abg adi suruh saya drive, dia juga lar yang bagi saya semangat dan keyakinan untuk drive nie...huh.banyak sangat kenangan yg melucukan, menakutkan, dan sebagainya sepanjang perjalanan kami nie. Walau apapun, saya sangat10x happy sebab dapat drive dengan penuh keyakinan! ahakz!



Nie tengah parking, ntah berapa minit baru dapat parking 
dengan begitu kemas sekali..! hahahah




Ok!!! akhirnya sampai ke destinasi yg dituju...

Episod hari ini:
Keyakinan sememangnya lahir daripada diri sendiri tetapi orang sekeliling juga mempengaruhi kita untuk melakukan sesuatu perkara itu. Hal ini kerana, keyakinan dan semangat yang diberikan daripada orang sekeliling akan menguatkan lagi kita untuk melakukan sesuatu perkara yang kita sendiri kurang yakin untuk melakukannya.

Monday 18 March 2013

Yeahhh!!! Blog baharu



Alhamdulillah, akhirnya dapat juga jadi blogger baharu nie...nie semua berkat tunjuk ajar blogger senior yang saya tempah khas dari tawau, cik lyeen....hehehe. Sebenarnya, dah lama nak buat blog nie tapi banyak sangat kekangan yang tidak dapat dielakkan (alasan semata-mata). Hahahha. Lepas nie, tak pasti lar rajin ka tidak nak post entry tapi cuba ja lar kan. Mungkin nie tempat untuk saya meluah segala perkara yang melekat kat kepala saya nie. Oleh itu, saya harap luahan, cerita hati, bingkisan, perkongsian dan seumpama dengannya akan memberikan kebaikan kepada saya dan juga orang lain. In Sya Allah.

 Terima kasih awak sebab sudi ajar saya...
Syg awak banyak2...

Episod hari ini :
Sebenarnya, apa saja perkara yang kita cuba lakukan akan memberikan manfaat kepada kita. Semuanya dari diri kita sendiri apakan perkara yang kita ingin lakukan dan bagaimana kita melakukan sesuatu perkara itu. Oleh itu, kita harus bijak memilih perkara yang dapat memberikan manfaat kepada kita disamping mengikhlasan hati dalam melaksanakan apa sahaja perkara. Hal ini kerana, keikhlasan itu akan memberikan kesan yang positif kepada diri sendiri!