Friday, 12 February 2016

Hati ini milik Allah

Assalamualaikum..

Cepatnya masa berlalu..xsangka hampir tiga tahun xupdate blog. Ya lar kite ni kan bukannya blogger tegar. saja suka2. Ntah tiba-tiba malam ni rasa macam mo update something. Kalau nak cerita pasal hati ini sampai bila pun xhabis kan. Tapi biarlah luah je la apa yang mampu kan. hahaha.

Orang selalu cakap "Tanya hati kau suri, tanya hati kau". Macam mana la aku nak tanya hati aku ni. sbb aku pun xfaham apa sebenarnya perasaan aku sudah tentu hati aku pun xtahu nak jawab apa. Ya aku akui kita kena hargai orang yang sayang dengan kita, orang yang ikhlas sayang kita.Tapi wajarkah aku terima seseorang tanpa cinta? X adil la kan bila aku xmampu sayang dia macam mana dia sayang aku. Dia terlalu baik. Memanglah semua nak yang terbaik tapi hati ini masih tak mampu untuk terima dia ataupun siapa2. Hal tu aku tak tahu nak jawab. Hanya Allah yang tahu.

Kadang-kadang terfikir juga sampai bila aku nak macam ni. umur pun dah makin meningkat tapi satu jak la kekuatan aku sekarang iaitu perancagan Allah. Aku yakin perancangan Allah dah ada untuk aku dan itulah yang terbaik. Apa yang penting sekarang, aku berusaha jaga hati aku untuk bakal zaujku, Insyaallah. 

with my sis #pendengarsetia


Epilog hari ini:
Bukan mudah untuk sayang dengan seseorang walaupun dia sangat sayang dan hargai kita. kerana hati manusia dipegang oleh Allah dan perasaan sayang itu hanya lahir apabila Allah campakkan perasaan itu dalam hati seseorang. Allah tahu yang terbaik buat semua hambanya walaupun kadang-kadang benda itu sangat menyakitkan tetapi yakinlah akan ada sirna dikemudiannya,

No comments:

Post a Comment